Wanita Prihatin (Mingguan Wanita) - SEENI Podcast [BM]

Mingguan Wanita mengupas topik-topik dan isu hangat wanita bersama pakar! Dari dera, kebimbangan, dan macam-macam lagi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan nasihat dan pandangan pakar. Wanita Prihatin merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI! Dibawakan oleh Mingguan Wanita.

Listen on:

  • Podbean App
  • Spotify

Episodes

Monday Dec 18, 2023

Didiagnosis Kanser Payudara Peringkat 4 Norhayati Sahar begitu tabah. Tiga tahun sangat mencabar dalam melawan kanser namun ibu kepada seorang cahaya mata ini punya semangat yang kental. Sikapnya yang ceria, sentiasa berfikiran positif walaupun tahu diri punya kekurangan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang juga pejuang kanser payudara. Malah dia juga telah dilantik sebagai IKON CSM (Cancer Survivors Malaysia) 2022. Ikuti kisah wanita ini yang tabah meneruskan kehidupan.
 
Wanita Prihatin merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI. Dibawakan oleh Mingguan Wanita.

Tuesday Dec 12, 2023

Tahukah anda, wanita alami 2 kali ganda kebimbangan berbanding lelaki. Tidak hairan lah jika perempuan ini sering kali dianggap terlalu memikirkan banyak perkara yang tidak perlu. Ada banyak tanda-tanda yang kita mengalami anxiety disorder.
Terlalu memikirkan masalah dan berulang-ulang adalah salah satu daripadanya. Banyak juga faktor yang menyumbang keadaan ini salah satunya faktor genetik, personaliti dan ketidak seimbangan bahan kimia dalam otak.
 
Ikuti perkongsian bersama puan Nurul Hidayah Mat Sarip, Ketua Unit Psikologi Kaunseling, Hospital Selayang. @Hidayah Firdaus menjawab dilema wanita yang mengalami anxiety disorder atau kebimbangan melampau. Anda boleh terus bertanya kepada beliau di ruang komen atau di FB beliau. #wanitaprihatin #mingguanwanita #DilemaAndaPakarJawab
 
Wanita Prihatin merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI! Dibawakan oleh Mingguan Wanita

Tuesday Dec 05, 2023

Kebelakangan ini begitu banyak berita duka kita terima berkenaan pemergian orang tersayang ke negeri abadi terutamanya disebabkan Covid19. Yang pergi biarlah pergi, kita yang masih hidup ini masih banyak tanggungjawab perlu diselesaikan.
Ikuti kupasan pakar iaitu Puan Nurul Hidayah Mat Sarip, Ketua Unit Psikologi Kaunseling, Pegawai Psikologi (Kaunseling) Hospital Selayang tentang kesan jangka pendek dan panjang jika masih berduka untuk tempoh lama. #mingguanwanita #dilemaandapakarjawab
 
Wanita Prihatin merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI. Dibawakan oleh Mingguan Wanita.

Monday Nov 27, 2023

Semasa PKP pada 2020-2021, kes penderaan terhadap pasangan semakin menjadi-jadi. Berbanding lelaki, kes penderaan di kalangan wanita dan kanak-kanak jauh lebih tinggi. Kehidupan tertekan dengan situasi semasa menjadikan pasangan hilang kawalan. Dan bagi yang didera, jangan biarkan ini berlarutan. Perlu cari jalan keluar. Hidup hanya sekali jangan dipersiakan hanya kerana sikap pasangan kita. 
 
Puan Hidayah Firdaus selaku pakar kita akan bantu menjawab dilema anda jika berkesempatan #kitabersama #wanitaprihatin #mingguanwanita #dilemaandapakarjawab
 
Wanita Prihatin merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast, Segalanya di SEENI! Dibawakan oleh Mingguan Wanita.

Copyright 2023 All rights reserved.

Podcast Powered By Podbean

Version: 20241125